CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 20, 2009

CHAPTER 030 : REUNION XHABIS2...

SALAM SEMUA....

Ni last la aku buat, aku nk tanya, spae yg nk join reunion bln 6 ni. maybe kt perhentian@redang@pangkor.

Bajet utk 3h2m, rm500++ per head. resort la. include makan2 (maybe ada BBQ).

CHAPTER 029 : NUAR + NUAR JR.

Assalamualaikum...

Dah terlalu lama xupdate blo nih.

Woi Nuar, ni aku ltk gambor ko yg tgh ngantuk dgn ank ko. Hahaha...

Sory, Nuar xprovide apa2 information. So, just gambar la.
Katanya, gambar ni diambil masa sambut 1st birthday & aqiqah anak dia. moga cpt2 besar & jadi anak yg soleh.

Thanx to Anuar & Afzam 4 sharing.

Huhuhu....

Wednesday, December 31, 2008

Chapter 028 : New Year & Reunion Again

Assalamualaikum wbt...kwn2 ku!!!

Pehbaq wei!!! Aku rasa mcm ramai je xtau lg pasal blog ni. Sepi je. Ada org jenguk pn jarang2 je. Tu pn mcm biskut, kejap ada kejap xde. Yg slaloonya, Atifah n Syuhad la. Thanz my fren.

Tahun baru Hijrah & Masihi dh menjelma tiba. Tanamkan azam agar reunion tahun ni jadi. Dh jemu dh ckp psl reunion, tp xjd2. So, kena arrabge awal2. Survey tempat.

Tadi aku ada buka emel, Ipah ada bg cdgn nk wt kt Sg. Klah Hot Spring, kt SUngkai. Menarik jugak la. Klu nk tgk serba sedikit gambar kt Sg. Klah Hot Spring tu, klik sini.

Menarik jugak la. So, aku letak la dulu dalam list utk cdgn venue utk reunion ek. Ipah ckp, klu boleh xnk hutan. Urm, aku faham sgt2. Sbb ramai yg ada anak2 kecil, kan? So, bg la cdgn tempat kt mana2 dlm semenanjung ni.

Ok, hepi new year!!!!

Sunday, December 21, 2008

RAISYAlittleSTORE :E-shopping

Assalamualaikum sume!

Kat sini aku nk introduce blog wife aku, yg berkaitan dgn e-shopping la.

Sila la jenguk2 Raisya Little Store.

Setakat ni ada barangan2 baby je dulu. Next time, mungkin ada brg2 lain include utk mak ayah baby pulak ke.

Kt sini aku preview sket laman blog tu.


Harga, insya-Allah berpatutan. Murah & ekonomi. Xperlu start enjin kereta utk pergi ke super market. Membazir duit petrol je (walaupun petrol dh murah sket!).

Semua di hujung jari. Klik Raisya Little Store utk ke blog tu.


Saturday, December 20, 2008

CHAPTER 027: Mini Gath Ipah + Idah + Zila

Assalamualaikum....

Sini aku muatkan beberapa gambar mini-gath November lepas antara Atifah + Idah & Zila kt Kuala Terengganu. Aku rasa mcm kt Batu Buruk je a.k.a. Dataran Shah Bandar (kalo Xsilap la).

Apa yg dorang buat, wallahu'alam. Aku tgk cam nk mkn2, minum2 je. Mkn ICT ke?(Ikan Celup Tepung).

Apa2 hal, harap reunion tahun depan menjadi la ek.

P/S: Ipah, dh dpt ke invitation utk posting kt blog ni?Aku dh invite. try check kt gmail hang.

Zila & Ipah. Mana suami ko Zila?Out-station ke?

Zila + Ipah + Idah. Idah, dapat baby boy ke gurl?

Suami Idah (baju hitam) & Suami Ipah (baju merah).

Friday, November 28, 2008

CHAPTER 021 : Sharing Is Caring

Assalamualaikum wbt....

Thanx Ipah atas kesediaan utk share pic mini-reunion korang kt T'ganu tu.

Memandangkan korang semua mungkin ada citer terkini ttg life masing2 yg nk dikongsi kt blog komuniti kita ni, aku nk invite la korang utk author blog ni.

Nnt aku invite kt emel korg. Tp better guna gmail.com la. Yang xde, create la. Bukan kena byr pn, free je n simple.

So, korang leh share citer2 korang. Perkembangan terkini, gmbr2 terbaru bersama family masing2. Blog ni bkn khas utk reunion je. Lain2 hal pun bleh. Isu2 sensitif xdigalakkan ek.

Tuesday, November 25, 2008

CHAPTER 020 : The New Beginning

Assalamualaikum wbt.....

Setelah usaha untuk berkumpul semula ahlil-Biotek03 hujung tahun ni xberjaya (atas sbb2 yg xdpt dielakkan), aku nk mulakan gerak kerja baru utk newwwwww reunion tahun dpn. Harap2 menjadi la.

Aku dh buat pungutan suara melalui emel...alhamdulillah, ada respon sket. Tapi dr kelompok yg sama la yg bg respon masa plan reunion hari tu.

Setakat ni, dh 6 org yg setuju utk bg komitmen kalau xde aral melintang la.
Antara yg sudi...

1. Aku (Fazlie)
2. Piza
3. Turt
4. Intan Su
5. Noren
6. Fendy

Yang lain2...wallahu'alam la. Xde kabar berita.

Tarikh, tempat kita bincang sama2 la. Sama ada kt blog @ emel @ chatbox.

Ok, Bye!!!

Monday, November 17, 2008

CHAPTER 019 : Reunion Akan Ada Tapi Bila?

Assalamualaikum wbt.

Memandangkan reunion yg dirancang dh terpaksa ditunda, maka perbincangan utk reunion akan datang akan terus dibuka utk cdgn dsbnya.

Akan dtg, aku akan buat poll utk tempat2 cdgn kita membuat reunion gath tu. Begitu juga poll utk tarikh2 yg dianggap seswai.

Korang tolong la bagi feedback ek. Apa2 cdgn, tulislah kt chatbox@kt ruangan comment posting.

Thanx.

Sunday, November 16, 2008

CHAPTER 018 : Berita Terkini

Assalamualaikum w.b.t. semua!!!

Semalam aku ke USJ6 utk ke majlis jamuan & doa selamat parents kwn wife aku. Dorg dpt jemputan dari Allah ke Tanah Suci Makkah.

Otw blk, aku lalu jln lama. Ikut rawang, Serendah, Batang Kali. So aku decided nk survey tempat reunion kita kt Kalumpang Resort tu. Masa tu hujan lebat, dr KL smp la ke Gopeng. Aku smp kt Kalumpang hujan dh renyai2.

Jalan nk ke resort tu kecik je, muat 1 keta je. Dah la berlopak2, byk yg rosak. Maybe sbb hujan lebat 2,3 hari ni. lalu ikut kebut getah, kelapa sawit. Dkt 2km jugak la baru smp kt resort. Dalam hujan renyai tu, aku msuk ke perkarangan resort n ada meja receptionist. So aku tanya la pasal quotation sumer. 1 chalet boleh muat antara 2-3 org kbyknnya la. rate pn dlm 130-150 utk smlmn. Check-in kul2. Aku tanya psl aktvt klu buat sukaneka ke apa, dorg leh sediakan n dorg leh bg quotationnya. Bila aku ckp tarikh nk buat, 13-14/12...dia check n bgtau semua weekends dlm school break ni fully booked!! Aisey!!! Dh terlambat la pulak. Nampak gayanya kena tunda ke tarikh lain la. Maybe tahun depan.

Aku usha2 tempatnya, ok jugak tp aku xleh amik gmbr sbb hujan n gelap. Ada beberapa faktor la yg menyebabkan reunion ni terpaksa tunda ke depan.
1. Chalet fully booked.
2. Lambat confirm tarikh.
3. Xramai yg berminat nk join. Ada yg kena pegi kenduri sedara-mara. Ada yg nk bersalin. So, klu tunda, yg bersalin tu sempat la habis pantang n boleh join. Hahahaha.......
4. Susah nk contact kwn2, sume sibuk. Aku (n beberapa org yg tlg contact member)je yg urus sume. Harap lepas ni dpt kerja sama sume la.

Aku minta maaf la xdpt nk realitikan hasrat reunion ni. Aku rasa menda ni kena meeting commitee betul2. Byk menda yg kena urus. Bukan penginapan saja. Logistik, mknn dsb. Aku bg cdgn kita plan betul2. Leh sediakan souvenir utk kenang2an masa reunion nnt.

Aku hrpkan cdgn drpd semua pihak sama ada dr segi tempat, kos, tarikh dan sbgnya. Aku cdgkan cuti sekolah bulan 5@8 2009 nanti.

Kesimpulannya, REUNION 2008 DITUNDA KE SUATU TARIKH YG BELUM DITETAPKAN LAGI!!!

That's all. Maaf byk2 dr aku.

Sunday, November 9, 2008

CHAPTER 017 : Don Nak Join

Assalamualaikum......

Alhamdulillah...Puan Don (Turt yg informkan ~thanx turt!!) dh pun setuju nk menyertai komuniti reunion kita.

Insya-Allah, dalam masa terdekat aku akan dptkan jumlah sebenar mereka yg nk menyertai reunion kali ni.

Secara kasarnya, Ahlil-Biotek03 dh 9 org menyatakan persetujuan. Rasanya dh ok kot. Ditambah dgn ahlil-keluarga, meriah lg la....